Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

Sample text

Text Widget

Sample Text

Social Icons

Followers

Featured Posts

Social Icons

Ads Header

Pages

Theme Support

Facebook

Unordered List

Recent Posts

Wednesday, 6 July 2016

Rezeki Jeruk Mentimun


KAMPUNG BASUNG - Mungkin ramai menganggap timun atau mentimun hanya sayuran yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan, hiasan saji atau dijadikan ulam, namun ramai tidak tahu tumbuh-tumbuhan tersebut sebenarnya boleh dijadikan jeruk atau 'gherkin'.
Itu merupakan inisiatif serta inovasi dilakukan bapa kepada tiga anak, Azri Mamat, 32, bagi memasarkan timun atau nama saintifiknya 'cucumis sativus' yang diusahakannya sejak 2013.
Ketika berkongsi pengalamannya, pemegang Diploma Pengajian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, dia sanggup melepaskan pekerjaan dalam bidang perhotelan dengan gaji RM2,500 sebulan demi minatnya untuk bekerja sendiri dan berbakti kepada tanah.
"Idea untuk menghasilkan jeruk timun timbul selepas hasil pertama timun yang saya usahakan sekitar 2013 lalu hanya dijual pada harga RM0.50 sekilogram mengikut harga pasaran ketika itu. Saya hampir terduduk, namun terus berfikir apa lagi boleh dilakukan dengan timun.
"Saya terfikir untuk buat transformasi jeruk timun. Walaupun mungkin benda baharu bagi orang ramai, tetapi jeruk timun sebenarnya sudah popular di negara-negara barat serta banyak digunakan dalam industri perhotelan dan resort di Malaysia," katanya.
Azri berkata, sejak itu dia tidak lagi menoleh ke belakang dan berusaha membuat kajian melalui internet serta mendapatkan khidmat nasihat Mardi dan juga Jabatan Pertanian.
Menurutnya, formula yang diperoleh daripada Mardi dan Jabatan Pertanian diolah dan percubaan demi percubaan terus dilakukan sehinggalah terhasilnya jeruk timun East Vege.
"Sehingga awal tahun ini barulah terhasilnya jeruk timun yang benar-benar menjadi, bukan hanya dari segi rasa, malah ketahanan. Sebelum ini berlaku juga situasi penutup botol berkarat.
"Saya jangka jeruk timun ini dapat dikomersialkan pada tahun depan dan sasaran utama pemasaran adalah resort serta hotel, memandangkan jeruk timun antara bahan utama dalam dapur hotel," katanya.


Tunggu maklum balas
Azri memberitahu, buat masa sekarang, usahanya memasarkan jeruk timun masih dalam percubaan dan menunggu maklum balas daripada beberapa hotel sekitar Kota Bharu, Kelantan dan Terengganu.
Katanya, jeruk timun dikeluarkan dengan berat bersih 340 gram (gm) sebotol belum dijual secara komersial kepada orang ramai kerana beberapa perkara perlu diberi tumpuan terlebih dahulu termasuk aspek pelabelan dan status halal.
"Ada peniaga burger menunjukkan minat untuk guna jeruk timun dan dengan penghasilan yang formula masam-masam manis, jeruk timun sebenarnya mampu memberikan nilai tambah kepada sesuatu resipi makanan.
"Selain jeruk timun, hasil transformasi yang dilakukan berjaya menghasilkan air timun yang kini dibotolkan dalam isian 270 mililiter dan telah mula dijual secara kecil-kecilan di sekitar kawasan kampung dengan harga RM1.50 sebotol," katanya.


Mula tanpa pengalaman
Azri mengakui dia menceburi bidang pertanian timun tanpa sebarang pengalaman dan hanya berpandukan informasi diperoleh daripada bahan bacaan serta perkongsian dengan rakan sambil dibantu keluarga dari segi modal berjumlah RM15,000.
Dia pernah mengusahakan projek kelapa dan ikan keli salai secara perkongsian sekitar 2004 sehingga 2010, namun rezeki tidak memihak kepadanya menyebabkan dia berputus asa sekali gus beralih ke bidang perhotelan.
"Bagaimanapun, kerana jiwa saya yang suka bekerja sendiri, saya tak capai kepuasan bekerja dalam bidang perhotelan lalu mengambil keputusan berhenti dan mencebur diri dalam bidang pertanian. Akhirnya saya pilih timun walaupun langsung tiada asas berkaitan.
"Melalui pembacaan dan tunjuk ajar kawan di Dungun, saya nekad untuk cuba tanam timun secara fertigasi di atas tanah seluas 0.12 hektar menggunakan kira-kira 500 polibeg. Walaupun hasil pertama menjadi tetapi harga di pasaran ketika itu rendah," katanya.
Tambahnya, dia kini mempunyai lebih kurang 1,800 polibeg timun yang mampu mengeluarkan hasil sehingga 4.5 tan semusim dan usahanya kini dibantu isterinya, Wan Noorfaizah Wan Ramli, 32 yang menjaga aspek pengurusan.

-Petikan Akhbar Sinar Online

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !