Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

Sample text

Text Widget

Sample Text

Social Icons

Followers

Featured Posts

Social Icons

Ads Header

Pages

Theme Support

Facebook

Unordered List

Recent Posts

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, 15 February 2018

BAHTERA 2018 HIMPUNAN USAHAWAN TERBESAR DI MALAYSIA


HIMPUNAN USAHAWAN TERBESAR DI MALAYSIA!!!
PELBAGAI PRODUK PERUSAHAAN BUMIPUTERA DI BAHTERA 2018
.
90 booth usahawan bumiputera akan menanti anda di Bahtera 2018. Terokai peluang keusahawanan dan jadikan ispirasi untuk perniagaan anda. Nak rasa makanan yang enak-enak ini pun boleh! Semuanya sedap-sedap dan istimewa di sini.
.
BOOTH USAHAWAN
Bahtera 2018 (Edisi Timur)
Tarikh: 24 & 25 Februari 2018
Tempat: Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Kuantan, Pahang
.
TEMUI DAN RASAI KEUNIKAN PRODUK DARI EASTVEGE / QUMBERLAND GROUP DI SANA!
MASUK PERCUMA! DATANG BERAMAI-RAMAI!
.

Monday, 29 January 2018

Perasmian Karnival Mini Usahawan Desa Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu

Jailani (kanan) memegang produk berasaskan timun yang dicipta usahawan tempatan sambil menunjukkan simbolik bagus sewaktu melawat reruai pameran sewaktu Karnival Mini Usahawan Desa PI1M, di Kuala Berang, kelmarin.


KUALA BERANG - Data peribadi perlu dijadikan komoditi berharga bagi setiap individu dan bukannya terlalu mudah berkongsi di laman sosial sehingga mengundang perkara tidak diingini termasuk ancaman keselamatan diri.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pengguna perlu mempunyai had batasan dan bukan sewenang-wenangnya berkongsi segala data peribadi termasuk aktiviti kehidupan seharian atau menayangkan kemewahan dimiliki.
Menurutnya, tidak salah berkongsi tetapi perlu sentiasa beringat yang tidak semua perkara boleh dikongsikan.
"Tindakan mendedahkan identiti di media sosial mampu menyumbang berlakunya jenayah siber dan rompakan seperti mana kejadian yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan beberapa hari lalu.
"Niat kita mungkin sekadar berkongsi gambar kenang-kenangan tapi tindakan sebegini sebenarnya membolehkan orang mengenali kita dan mengetahui segala aktiviti serta kemewahan yang dimiliki," katanya.
Jailani berkata, begitu juga dengan peniaga di atas talian yang mungkin pada asalnya mahu mempromosikan perniagaan.
"Oleh itu kita perlu berpada-pada agar tidak menjadi sasaran mereka yang berniat negatif. Jadikan data peribadi kita sebagai barangan komoditi berharga, begitu juga dengan aktiviti kehidupan seharian dan harta benda yang dimiliki," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes seorang peniaga atas talian yang cedera ditembak perompak di Rantau Panjang, Kelantan.
Mangsa dikatakan aktif membuat sidang video langsung di Facebook bagi jualan kosmetik, barangan kemas dan pakaian sambil menunjukkan wang yang banyak.
Terdahulu, Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu menyempurnakan perasmian Karnival Mini Usahawan Desa Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini kelmarin dan turut dihadiri Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamed.
Tambah Jailani, penggunaan kad debit secara kerap bagi pembelian secara atas talian juga antara faktor kepada pendedahan data peribadi seseorang dan lebih selamat digunakan kad kredit berbanding kad debit.
“Orang di luar sana banyak mencari peluang, jadi tidak salah kalau kita bersifat kedekut sedikit jika ingin mengisi data terutamanya dalam sesuatu borang yang memerlukan kita isi butiran diri. Janganlah kita isi semua,” katanya kepada Sinar Harian.

Saturday, 27 January 2018

Mini Karnival Usahawan Desa Hulu Terengganu



Jom ramai2 datang ke dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu untuk merasai keenakan minuman mentimun dan jeruk mentimun keluaran syarikat EastVege Enterprise
bersempena Mini Karnival Usahawan Desa Hulu Terengganu....

Produk terbaru kami iaitu sabun mentimun dan Jeruk Masam Manis juga dipekenalkan pada Mini Karnival kali ini. 
Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai lagi jualan oleh peniaga dan pempamer produk di sini.

Thursday, 19 October 2017

Karnival Usahawan Desa, KUD 2017




KKLW menganjurkan Karnival Usahawan Desa, KUD 2017 bermula dari 19-22 oktober @pwtc Kuala Lumpur dari pukul 10.00 pagi - 10.00 mlm...


Apa yang Best dekat KUD???



Terdapat lebih 700 gerai usahawan desa dengan pelbagi produk...

Barisan selebriti terkenal pon ada,cabutan bertuah harian utk pembelian rm30 ke atas dlm satu resit...

Jangan lupa singgah di booth Eastvege di HALL Aras 3, Booth 334..

Jumpa anda disana!!!

Wednesday, 18 October 2017

PELANCARAN HARI MENTIMUN PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU



PELANCARAN HARI MENTIMUN 
PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 
22 Hb NOVEMBER 2017
RUANG LEGAR PASAR KUALA BERANG
Dari Jam 8:00 Am Hingga Jam 1:00 Pm

Pelbagai Jualan dan Hadiah Menarik Menanti Anda Di Sana!!!

JUPE DI NUNG.....

Interested for our works and services?
Get more of our update !