Jeruk Timun / Gherkin
Apakah Gherkin?
“Gherkin” atau dikenali jeruk mentimun adalah mentimun muda yang dijeruk dengan cuka yang melalui proses permentasi dalam masa tertentu.
Sasaran Pasaran?
Sasaran Pasaran?
- Hotel/ Resort
- Restoren Makanan Barat / Segera
- Kilang Sos Tartar / Thousand Island
- Isi Rumah / Pengguna Akhir
SASARAN
PASARAN
|
KETERANGAN
|
Hotel
dan Resort
|
Bagi hotel dan resort,penggunaan jeruk
timun atau ‘gherkin’ ini adalah sangat perlu kerana ianya digunakan untuk
dicampur dengan salad,dibuat sos dan digunakan untuk masakan barat.Kebanyakan
hotel-hotel dalam Malaysia mesti menggunakan jeruk timun sebagai bahan utama
dalam dapur hotel.Sasaran pasaran adalah hotel bertaraf 3 bintang dan resort
di pulau-pulau sekitar perairan Malaysia.
|
Restoran
|
Restoran
juga salah satu sasaran pasaran bagi jeruk timun kerana timun jeruk ini boleh
di gunakan di dalam masakan panas seperti mee sup, nasi goreng,masak ikan
tiga rasa dan lain-lain.Penggunaan jeruk timun juga boleh menambah nilai
produk yang dijual oleh restoran tersebut
|
Pengusaha
Burger
|
Penggunaan jeruk timun dalam produk burger
adalah satu penambahbaikan dalam produk tersebut.Selain itu dapat
mengurangkan kos kerana apabila menggunakan jeruk timun,sayur-sayur yang
diletak dalam burger tidak perlu di letakkan lagi Oleh sebab itu wajar
pengusaha burger menggunakan jeruk timun ini.
|
Pengguna
Akhir
|
Pengguna
akhir ini merujuk pada masyarakat biasa yang berbagai peringkat umur.Timun
jeruk ini di formulakan masam manis yang mana semua peringkat boleh di makan
begitu sahaja oleh semua orang.Timun jeruk ini juga boleh dijadikan makanan
alternative bagi penggemar jeruk buah
|